Salam 1XOX,
Hari ni saya nak kongsikan 7 Sebab Kenapa Orang Susah Nak Tukar Telco.
Ha..ingat senang ke nak pujuk orang supaya tukar telco..
Telco ni apa? Telco ni syarikat Telekomunikasi la...
Ala takkan tak tahu ..Celcom, Maxis,Digi, Umobile, TuneTalk dll tu
Berikut adalah antara sebab utama
1. Dah lama guna line yang sama
Sejak mula mengenal handphone dah guna line yang sama.
Mereka dah bertahun-tahun setia guna line yang sama. Jadi mereka dah rasa selesa dengan line ini.
Buat apa nak tukar kalau dah selesa kan?
Kalau tukar line, nanti tak tahu signal dia ok ke tidak
2. Tak Pernah Guna Prepaid
Ini juga antara sebab orang malas nak tukar line.
Orang yang dah biasa guna postpaid akan rasa susah nak tukar kepada prepaid sebab mereka ingat nak kena topup selalu.Sedangkan kalau anda kawal penggunaan, boleh jadi macam postpaid
Cuma bezanya postpaid dengan prepaid adalah postpaid ni macam boleh hutang dulu..atau guna dulu baru bayar. Sedangkan prepaid ni, bayar dulu baru guna. Takut nanti asyik membayar je
3. Jarang Guna Telefon
Ada juga orang yang jarang guna telefon..topup pun sebulan sekali. Orang sebegini kalau diajak tukar line pun..nanti dia jawab
"Buat apa aku tukar line, line sekarang pun aku jarang guna"
4. Tak Suka Isi Borang
Ramai yang ingat..bila nak tukar line ni..WAJIB kena isi borang-borang. Nak stamp duty la..apa la
Ada orang yang tak suka isi borang. Dia jenis yang nak mudah..
Adakah anda tahu...ada syarikat yang tukar line tak payah isi borang bagai..guna SMS je pun boleh
5. Kena Tukar Nombor Baru
Walaupun MNP sudah diperkenalkan sudah agak lama..Tapi masih ramai yang belum tahu apa maksud MNP..MNP adalah Mobile Number Portability”
MNP ni membolehkan kita gunakan nombor yang sama tapi boleh tukar line (talian)
Jika dulu yang kita tahu 019 mesti celcom, 012 mesti maxis, 016 mesti digi..Sekarang ni belum tentu lagi...
Ada yang risau nanti kawan-kawan susah nak call sebab no tu dah lama guna...kalau tukar no baru susah nak ingat..kawan pun susah nak cari nanti...
Jadi, jangan risau..tukar line bukan bermaksud kena tukar nombor tau...
6. Dapat Bonus Hari Jadi
Mana-mana syarikat akan menawarkan bonus hari jadi untuk pelanggan dia..
Normally mereka akan bagi tawaran panggilan murah ke mana-mana no dalam tempoh 24 jam
Atau sms Percuma dan sebagainya..Jadi mereka tak mahu kehilangan bonus ni
7. Tak Mengambil Tahu
Ada juga orang yang masih tak tahu bahawa sekarang ni ada syarikat yang memberikan komisen bila anda ajak orang tukar line
Mereka masih ingat telefon hanya digunakan untuk buat call, sms, internet sahaja
Itulah 7 sebab kenapa orang Susah Nak Tukar Telco berdasarkan pengamatan..jika ada lagi yang perlu ditambah..sila tinggalkan komen anda yer...
Pada hakikatnya Nak Tukar Telco Ni Tak Susah sebenarnya..
Anda boleh kekalkan no yang sama,
Anda boleh berjimat
Anda tak perlu isi borang,
Anda tak perlu tukar no baru,
Jadi hari ini saya ingin mengajak anda untuk bertukar kepada talian prepaid OneXOX kerana banyak memberikan faedah penjimatan dan boleh jana pendapatan sekali..
CALL/SMS/WHATSAPP
Nazmi
P/S - Nantikan post akan datang bagaimana anda boleh berjimat dengan talian oneXOX ni